Puisi hujan membawa kenangan
Kenapa aku suka pada hujan?
Kerana ia membawa kelam yang gelap
Kerana ia membawa gelap yang redup
Kerana ia membawa redup yang sayup
Kerana ia membawa basah yang kuyup
Kerana ia membawa bayu yang bertiup…
Tidak!
Bukan begitu..
Jadi kenapa?
Tapi kerana
Ia memberi aku warna
Ia memberi aku bahagia
Ia memberi aku cinta
Ia memberi aku ‘dia’
Masihkah kau ingat ?
Hujan mempertemukan kita
Hujan menyatukan mereka
Hujan mengiringi langkah kita
Hujan menyertai tawa mereka
Aku suka hujan,
bersama hujan kita berlari mengenali diri
bersama hujan kita melirik penuh erti
bersama hujan kita tersenyum dalam hati
bersama hujan kita mengenal cinta sejati
aku suka hujan,
dari tiap butirnya aku belajar tentang kerinduan
lalu basahlah aku dalam kenangan
dari tiap titisnya aku belajar tentang cinta
lalu hanyutlah aku dalam kebahagiaan
aku suka hujan,
lalu kau???
Masihkah menyimpan kesukaan yang sama?
Saat kau memimpin tangan ku
Saat kau memayungi ku
Saat kau merenungku
Saat kau memberiku cinta
Hujan ada bersama-sama
Saat aku menerima cinta
Saat aku menjeling mesra
Saat aku hapuskan derita
Saat aku tinggalkan lara
Hujan ada bersama-sama
Saat kita dibuai kerinduan
Saat kita dihanyut percintaan
Saat kita dalam keriangan
Saat kita jalan bersisian
Hujan ada bersama-sama
Kerana itu aku suka hujan
Hujan membawa kau kepada ku
Dan harapku kau masih menyukai hujan
Kerana dalam hujan ada….
Kau
Aku
Kita
kenangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment