C I N T A


Apabila mula berputik..
Sungguh mengasyikkan..
Sungguh mendamaikan...
Sungguh menghiburkan..
Sungguh menceriakan..

Cinta..
Apabila mula mengembang..
Sungguh mendebarkan..
Sungguh meresahkan..
Sungguh mengkhayalkan..
Sungguh mempesonakan..

Cinta..
Apabila mulai layu..
Sungguh menderitakan..
Sungguh menyakitkan..
Sungguh,,,sungguh,,
Sungguh,,,Kejam

Cinta itu tidak semestinya diungkapkan
dengan dekapan mesra..

Hadir cinta itu bila bersamanya
Dengan cinta terjalin bahagia
Cinta itu apabila saling hormat menghormati
Cinta itu juga apabila saling melengkapi

Cinta itu perlu diungkapkan dari hati
Cinta tidak wajar dipendam sendiri
walau pahit cinta ditolak
Cinta mesti diluahkan.

Cinta rasa indah tak terkata
keinginan merasainya
adalah keinginan semua

Kenangan manis
Kenangan pahit
Senantiasa di memori

Melalui hidup tanpanya
mungkin sukar
tetapi rasa cinta
adalah satu pengalaman hidup

Bagaimana pedih cinta membawa
ia dipinta dan dicari
Seperti satu tagihan
ke perasaan dan fikiran

Ditulis Oleh : Nur Yanto Hari: 8:43 AM Kategori:

0 comments: