Syair ulama



Biarkan hari-hari itu melakukan apa saja,
Bertenaglah bila qada menjatuhkan hukuman,
Jangan tersentak dengan peristiwa duka malam hari,
Peristiwa di dunia ini sebenarnya tidak lama.
(Bait imam syafei)
Bukanlah insan bukan juga alim .. orang yang dirinya jahil sejarah
Sesiapa yang arif sejarah orang – orang terdahulu .. sesungguhnya ia telah menambah umur-umur mereka kepada umurnya
Ilmu adalahah sebaik apa yang dicapai tangan… begitu besar tangan (jasa) guru ku ke atasku.
Nyawaku taruhan bagi guruku, kerana dialah jernihnya kehidupanku.
Dialah merawatku daripada penyakit jahil… yang tiada dapat dilakukan oleh doktor yang agung.
Ilmu ibarat rumah dan guru umpama tangga.. dari mana lagi ingin ke rumah kalu tidak melalui tangganya ?
Maka ketahuilah hak seorang guru kerana dengan bantuannya dikau mengenali kebenaran ketika remaja.
Ilmu itu kalau engkau insafi, engkau tiada dapat menyamakannya dengan barangan dunia yang hilang dan lenyap
Tiada seorangpun yang mengetahui semua ilmu .. Tiada ! sekalipun dia pelajarinya 2 ribu tahun Ilmu itu ibarat lautan saujana luas terbentang… Ambillah daripada setiap perkara itu apa yang terbaik
Sebaik-baik teman berbual dan lepak-lepak itu ialah buku .. kau bersendirian bersamanya ketika sahabat-sahabatmu menjemuimu
Buku tidak membocorkan rahsia bila kau amanahkannya .. bahkan diperolehi darinya hikmah dan kebenaran
Belajar, sesungguhnya seseorang itu tidak dilahirkan alim,
dan tiadalah orang berilmu menyamai orang yang jahil.
Sesungguhnya pembesar kaum yang tiada ilmu,
menjadi kecil bila dikerumuni bala tenteranya (meminta pandangannya).
Seorang yang hina sekiranya berilmu,
ia menjadi besar bila dikerumuni oarang ramai (yang ingin belajar).
Jadi, janganlah redha dengan kerendahan (kehinaan),
Dan janganlah nasib hanya berpada dengan apa yang ditinggal orang terdahulu
Kita kerap meyalahkan zaman ini, sedang keaiban sebenar adalah pada diri kita, tiada sebarang aib pada zaman kita, kecuali diri kita sendiri.
Kita kerap mencerca zaman ini tanpa jenayah dilakukannya.. kalau zaman tahu mengatur kata, tentulah ia mencaci kita kembali
Dunia kita adalah lakonan dan menunjuk-nunjuk..sebenarkan kita memperdaya Yang Maha melihat kita
Si serigala tiadalah pernah memakan daging rakannya .. sedangkan kita kerapkali makan daging semasa sendiri
http://alfurqoniyah.blogspot.com/2007/03/syair-ulama.html

Ditulis Oleh : Unknown Hari: 2:46 AM Kategori:

0 comments: