Tabah Hadapi Pergolakan Cinta


Dalam percintaan ada pasang surutnya. Mungkin ada yang kekal bahagia namun bukan semua antara kita akan melalui keindahan itu. Ramai yang melalui pelbagai dugaan dalam meniti hari-hari dengan pebagai dugaan dalam percintaan.

Bercinta memang mudah, namun mengekalkan cinta amat sukar sebenarnya. Cinta ada pasang surutnya sesuai dengan cara kita menghadapi dan mengendalikan cinta. Bagi yang kurang bernasib baik dalam bercinta janganlah kamu berputus asa. Ingat lah tiada kebahagiaan akan datang bergolek tanpa usaha yang jitu.

Jika pasangan kita mula menjauh, dingin dan mengabaikan perasaan kita kamu harus kuat. Tanpa kekuatan kita tak akan dapat lalui dugaan dari Allah ini. Cari apa kelemahan kita, perbaiki apa yang kurang dan cuba hadapi d

Andai kata dia bukan jodoh kamu lagi itu sudah ketentuan Illahi, jangan patah semangat dan teruskan mengorak langkah menuju jalan yang Allah redhai. Andai dia masih milik kamu berusahalah mencapai kebahagiaan agar terus dapat hidup bersama si dia.

Apa saja yang berlaku, baik atau buruk janganlah kita lupakan Allah. Tolong hargai diri kamu kerana jika kamu sendiri tak hargai diri sendiri bagaimana insan lain nak hargai diri kita.

Kekecewaan mungkin akan bersarang di hati bila cinta tak mencapai matlamat, namun adakah kekecewaan dan akhirnya diikuti dengan putus asa itu membantu? bangunlah…kamupasti boleh menuju kebahagiaan. Kebahagiaan perlu dicari bukan menanti ia datang bergolek. Allah sentiasa bersama dengan insan yang sabar dan tabah.

Ditulis Oleh : Unknown Hari: 7:55 AM Kategori:

0 comments: