Kumpulan Puisi Cinta paling romantis terbaru



Puisi Cinta Rintihan hatiku
 
 
 
 Cinta bawakan sayang
sayang bawa rindu
rindu bawa kenangan
kenangan bawa pilu
pilu bawa hiba
hiba bawa seksa
seksa bawa sakit
sakit bawa perit
perit bawa dendam...

Apa itu akhir cinta?
Apa itu haluan rindu?

Apa takdir kasih?

Airmata
Kelopak natijah rindu

Terpahat mungkin hilang
Terkesan sukar pupus

Alahai aduhai..
..rindu..
...rindu....
....rindu.....

- Muaz Hadi -

Bawakan aku bahagia ku

Apa khabar CINTA?
Masih ingat akan daku?
..yang satu masa teman karib mu
..yang satu ketika sahabat cita mu

Pernah ketika itu kita bersama jalan
senyum.. kau lemparkan manis mu
berbunga.. kau dambakan kalbu ku
berdakapan.. kau peluki aku
masih ingat semua itu cinta?

Eh bagaimana dengan rakan kita.. KASIH?
Aku rindu dia.. sama seperti kamu
Aku rindu kamu berdua..

Ketahui lah CINTA
Pandang lah aku KASIH
jiwa ku bersalut duka
hari-hari ku berduri luka
langkah ku sumbang sadung
gelincir dampar bersaling memaling
esak menangis bersulam alam
mengerti kah kalian?

Aku tidak mahu merayu
kerana rayu ku pilu..

Aku tidak mahu meminta
kerana pinta ku merana..

Aduhai CINTA..
Aduhai KASIH..

Kenapa tinggalkan aku bersama sengsara
Kenapa biarkan aku berteman durja
.. yang menyeksakan
.. yang mengguriskan
.. yang menggusarkan
Seolah tiada hujung

Cinta..
Kasih..
Kembalikan aku pada senyum ku
Bawakan aku bahagia ku..


- Muaz Hadi

Kredit gambar Psychcentral.com

Hampa... Kosong...

Ratah tubuhku
Pancung riwayat ku

Potong kisah ku
Lumat rasa ku

Apa yang terbaik 
Diriku dan diri ku
... tiada diri mu
hampa..

Apa yang terindah
rinduku dan rindu ku
... tiada rindu mu
kosong..

Agung sakti harapan ini
Gunung tinggi penantian ini
Tersadung tergolek
... tak terbangunkan lagi
apa mungkin...
..bolehkah?

- Muaz Hadi -

kredit gambar: Goodfon.com




Ku relakan dikau pergi..

Indahnya sewaktu kita bersama
Terasa bagai di syurga
Engkaulah sinaran cahaya ilhamku
Penawar kedukaanku

Sehingga kini ku masih terbayang
Ketika memadu cinta
Tak daya ku melupakan segalanya
Kenangan cinta kita

Setelah ku kehilangan dirimu
Seluruh hidupku kegelapan
Tanpa kasih sayang darimu
Aku tenggelam dan karam di lautan

Cinta suci
Biarlah ia pergi
Demi kebahagianmu
Ku relakan dikau
Pergi dariku

Oh kasih mengertilah
Hatiku ini yang terluka
Nantikan ku di pintu syurga
Hanya airmata
Menjadi teman hidupku

Bahagia tak mahu jejaki Aku..


Membaca puisi cinta.. puisi rindu
...termanggu hati ini lagi
merintih rindu yang satu
tak sanggup menerima hakiki
apa asa ku laksana kelabu
kabur panggilan serasa hati

Bukan aku tak mahu 
Bukan aku tak lari
Bukan aku tak buang
Bukan aku tak CUBA
... melupa kamu
... menyingkir kamu
... menyisih kamu
dari puspa rindu hati ku

Alam..
pujuk lah hati ku

Bulan..
sejuk kan hati ku

Hujan..
lemas kan rindu ku

Aku tiada daya lagi 
Aku tiada daya lagi
Aku tanpa daya lagi
... merawat sendiri rindu ini
... membebat sendiri luka ini
... menyandar sendiri pada harapan

Pilu ini susungguhnya 
menifestasi kasihku
yang tiada cabang
satu arah yang lurus untuk hati nya

adakah... ini..
suratan perpisahan

Aduhai
bahagia tak mahu jejaki aku...


- Muaz Hadi -

kredit gambar clownpictures.org



Menanti Di Ambang Syurga - Ahmad Jais


Duhai kasih pujaan kekanda Dengar ku mengeluhkan rindu Merayu setiapnya waktu, sayang Padamu duhai kekasihku
Tapi sungguh malangnya nasibku Hajatku kini telah terganggu Kini -kaku- rasanya hidupku, sayang Tinggallah ku menanggung rindu
Tapi ku kan tetap bersama Namun hatiku takkan bertukar Walau laut jiwaku terkorban, sayang Pada Tuhan -saja- kuserahkan
Namun ku takkan putus asa Duhai kasih pujaan kekanda Di dunia kita tak berjumpa, sayang Ku menanti di ambang syurga

Kalau dapat ku karang Puisi Cinta..


Kalau dapat ku karang puisi cinta
persis hati jiwa yang gembira
melakar senyuman pastinya

... akan ku lompat terbang burung
... tinggi di awan tiada murung
... tiada lagi duka ditarung
... sungguh kala itu mahu ku beruntung

Tapi..
apa daya ku
apa ada ku
apa asa ku

Dilingkari nostalgia bahagia
yang akhirnya terlingkup mati

Dilingkari kenangan indah
yang akhirnya airmata meniti

Dilingkari syu'ur sa'adah
yang akhirnya tak kekal di hati

Aduhai melati
menyusun aksara puisi cinta.. aku buntu
melirik lagu mekar.. aku kaku
kerana tulisan ku hanya mampu
.. menyeru jiwa yang rindu
.. menyeka hati yang pilu

Oh..aduhai

- Muaz Hadi -
kredit gambar fantasyecards.com

Apa Akhir Rindu Pungguk..

Hati jiwa ini andai kau tahu..

Menangis merindu
Merintih merindu
..tersangat... rindu

Kata yang satu menyepi
Kalam yang satu menyendiri
menyapa hati
kalbu yang dini

kamu... sampai bila lagi..
kamu... sampai ajalku mati?

Sesungguhnya.. hati jiwa ini andai kau tahu..

Ingin menyapa kamu
Tak sanggup lagi sendu
... sungguh.. aku rindu.

Merindu yang tak sudah
Merindu sungguh nan gundah

Alpaan tangis ini menggapai semangat
pada alam yang satu
pada dingin yang kalbu

Kini.. aku faham hati jiwa mu Pungguk
faham akan jiwamu yang tak habis rindukan bulan
biar bulan kejam, engkau tetap di situ
menanti merindu.. meniti merindu..

Apa akhir rindu kita Pungguk?

- Muaz Hadi -

\
kredit gambar trekearth.com

Luka di sini..

Aku bukan pemain puisi cinta
 kerana puisi romantis telah membunuh ku, 
membunuh jiwa ku dan yang ada hanya puisi sedih duka
 menemani luka carik kalbu ini. 
Terima kasih Ungu atas lagu yang indah ini
 menemani sanubari duka teman melati ku..




Dulu pernah ada cinta
Dulu pernah ada sayang
Namun kini tiada lagi
Perasaan seperti dulu

Kini tiada lagi kisah
Cintaku tlah musnah sudah
Hancur hatiku
Telah kau sakiti perasaanku

-----
Biarkan ku pergi
Jangan kau tanyakan lagi
Ku yakin ini yang terbaik
untuk kau dan diriku

Biarkan berlalu
Rasa cinta ini di hati
Ku tak bisa tuk menahan
Aku luka di sini





Ditulis Oleh : Unknown Hari: 9:02 AM Kategori:

0 comments: